Salam alaykum.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Sebut dengan hati yang merindui tuhannya. Pasti pahala sudah tercatat, pemberat timbangan amal. Mudahkan!
Puteri salji
Pernah berangan, menjadi puteri salji. Melihat salji turun, mengepal dalam genggaman. Bermain-main sambil membina orang salji. Semua hasil pengaruh cerita-cerita barat sana yang disuap sejak kecil Tatkala 25 Disember semakin menghampiri kalendar tahunan.

sumber : google image
Perasaan pertama, mendapat tawaran perubatan di Mesir. Kecewa! Mesir tiada salji seperti Jordan.
Alangkah tidak bersyukurnya seorang hamba kepada tuhannya. Pada waktu itu, terlupa seketika siapa kita. Kini, lebih bersyukur Allah campak jiwa dan raga ini di bumi anak panah ini. Kerana lebih banyak mengajar erti, hidup dan mati.
Kun, fayakun!
Bila Allah kata jadi, maka jadilah ia!
Waktu sibuk menelaah subjek Community Medicine yang sangat mengajar erti kehidupan, insyaAllah mahu berkongsi tentangnya. Terkejut, dengan berita salji turun di Mesir. Allahu Allah.
Ajaib, tapi bila Allah kata ya. Maka 'iya'lah ia.
Banyak perkara dalam hidup, yang kita tak jangka. Tak sangka. Dalam kotak fikiran kita, ianya mustahil terjadi. Tetapi, andai Dia kata "kun"... " fayakun ".
Jangan berhenti berharap pada Dia. Terus berdoa, dan berusaha.
Puteri salji. InsyaAllah. Jika dengan izinNya. :)
4 comments:
seronoknya salji.
angah di malaysia jadi puteri hujan. hehehe. alhamdulillah.
bestnya, nadh, salju dibumi mesir, teringin nak main salji :)
Ade se0rng ukhti ckp, salji turun d tanah arab adlh tnda2 kecil qyamat. WA. Tp y pastinya bumi mkin tua..
Maka,j0m istighfar byk2
-ba
cik faraulah:
along rindu hujan la.
ain:
tapi kat cairo xada pun. hehe, kat alex je.
anon :
betul, bumi makin tua. kiamat sudah dekat.
astagfirullah al-adzim.
mohon Allah terima kita, terima kepulangan kita sebagai seorang hamba yang taat.
Bukan derhaka. Naudzu billah min dzalik!
Post a Comment