Salam alaykum.
Hati terkesan dengan ayat terakhir bacaan ahli beyt dalam tilawah jamai'e kami selepas subuh. Ayat itu, mengingatkan saya tentang rungutan diri sendiri semalam.
Allah dah ingatkan, sila bagi perhatian.
Pinjaman dunia, untuk akhirat
Semalam, tiba-tiba terfikir.
"Kenapa aku sanggup penat-penat macam ni, apa yang aku dapat?"
Astaghfirullah. Mohon ampun ya Allah. Terima amal dan kepenatan kami. Kami manusia, kadangkala rungutan penat lelah memang tak dapat kami elak. KepadaMu kami serahkan, nilaian segala amal, penat lelah kami.
Moga ianya bukan sekadardebu berterbangan di hapadanMu, ya Rabb. Kiralah ia, tambahkan bekalan kami untuk ke syurga!
Jangan menyesal, memberi pinjaman kepada Tuhan. Pinjaman masa, tenaga, wang ringgit, malah segala sudut kehidupan kamu.
Kerana Dia sudah berjanji:
Maka, percayalah pada janjiNya!
0 comments:
Post a Comment