06 January 2012

Enti qowiyy, saddaini.

sumber : google


Salam alaykum. Hari ini, hari baru. Alhamdulillah.

Hari ini, 6 Januari. 6 hari telah berlalu dalam tahun baru. Ada orang sedar, pandang ke hadapan. Menghargai masa-masa singkat kehidupan.

Ada orang masih terbelenggu kisah silam. Menyesali dosa dan perbuatan, serta terlalu pandang ke belakang. Nasihat saya pada mereka ; "Jangan pandang belakang!"



Sanah helwah!

Bulan ini, bulan ulangtahun kelahiran ramai yang saya sayang. Dan saya bersyukur setinggi-tingginya kerana Allah izinkan saya bertemu mereka di dunia. Mereka sumber kekuatan saya. Maka, kepada semua:

"Sanah helwah, kullu sanah wa antum aqrab ilallah. Tahun yang baik, moga setiap tahun kalian terus bertambah dekat dengan Allah."


Bulan ini, bulan Januari 2012 juga bulan Safar 1433. Hari ini 12 Safar 1433. Hari lahir orang yang paling dekat dengan saya. Ucapan khas buat dia, kerana saya tahu dia sedang menghadapi ujian terhebat untuknya pada fasa kehidupan dia kini.
"Enti qowiyy, saddaini! Awak kuat, percayalah!"


sumber : google


Jangan mengalah, sebab kalau awak mengalah awak akan menyesal dunia akhirat. Sebab awak mampu. Teringat pesanan doktor sewaktu belajar Psychology dua tahun lepas.

"You never know your limit, you always expect your limit."
sumber : google


"Biar gagal sekarang, berjaya masa hadapan.
Biar gagal di dunia, tapi berjaya di akhirat!"

0 comments: