Salam alaykum.
Selawat dan salam ke atas baginda, kerana kerinduan bertemu baginda yang terlalu mendalam. Teruskan berdoa, agar baginda mahu bertemu kita, mahu menghulurkan barang sedikit syafaat kepada kita di hari penentuan syurga neraka. Sedang kita ummat Muhammad yang sering melupakan baginda. Dalam hari-hari yang berlalu pergi, entah berapa ketika cuma hati benar-benar merindui baginda.
Sollu a3la nabi, sollu a3la habibuna.
Islam warisan
Pernah terfikir, kenapa Allah pilih kita menjadi muslim sejak lahir, sedang kawan kita Allah biarkan mereka kafir, mencari-cari hidayah dalam hidup mereka. Kenapa kita telah mengenal kalam suci Allah, Al-quran sejak lahir, bersolat dan berpuasa.
Kenapa Allah tidak memilih jiran sebelah rumah kita, yang mungkin akhlak mereka jauh lebih baik dari kita? Mereka jauh lebih iltizam dengan agama mereka, rasa bangga. Sedang ramai antara kita, segan-segan nak mempamerkan ciri-ciri keIslaman yang sebenar. Lebih rela muslim pada nama, tetapi lebih barat daripada barat pada akhlaknya.
Pernah terfikir tak, Allah pilih kita muslim bukan saja-saja. Itu satu nikmat terbesar dalam hidup seorang insan. Tapi ramai yang masih terlupa berterima kasih pada tuhan.
"Allah, pilih kami dalam golongan yang sentiasa mensyukuri nikmatMu. Daripada yang terkecil hinggalah yang terbesar dalam hidup kami."
Mungkin kerana Islam kita, Islam warisan. Bukan pilihan kita, maka kita kurang menghargainya.
Islam dan Liberal
Isu ini, bukan isu baru. Tetapi realiti keadaan ummat Islam sekarang yang lalai dan malas, sedang musuh sedang ghairah merancang itu dan ini. Terperinci hingga puluhan tahun kehadapan. Mereka akan berusaha keras, bersatu antara mereka walau kita lihat mereka berbeza. Demi tidak melihat Islam naik dan memegang ustaziyatul alam.
Mereka sanggup buat apa sahaja! Saya ulang, apa sahaja!
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu"
Wajarkah kita duduk bersila minum kopi lagi? Atau hanya bergoyang kaki. Sedang iman diri sendiri, dan kaum keluarga kita pun sudah tidak selamat lagi. Ancaman datang kanan dan kiri. Sedar. Kita kena bangkit!
Sedikit pencerahan, tentang isu liberal ini.
Mungkin kita berbangga dengan Islam yang kita warisi sejak turun termurun, tetapi awas. Anak cucu cicitmu, hingga generasi ketujuhmu pun masih belum pasti lagi keIslaman mereka. Kalau sikap kita masih di takuk lama.
Kita, saya dan kamu perlu lebih banyak mengkaji. Kerana ummah ini perlukan kita. Setiap dari kita, ada posisi dalam perjuangan ini. Bergantung pada kita, mahu menjadi pejuang, atau sekadar pemerhati! Terpulang.
Paling penting, jangan sesekali memperkecilkan usaha dan amal orang lain. Sedang kita sendiri pun tidak tahu, samaada usaha dan amal kita ada nilai atau tidak di sisiNya. Maka, teruskan beramal dan bermujahadahlah untuk ikhlas.
0 comments:
Post a Comment