Salam alayk.
Pernah dengar lagu di atas? Kalau tak, tahniah. Allah menyelamatkan anda dari terjebak dalam agenda musuh Islam, melalui lagi-lagu yang langsung tak menambah iman.
Alhamdulillah, Allah menyelamatkan kita. Mungkin dulu kitalah yang tergila-gilakan lagu dan penyanyi itu. Sekarang, hanya Allah dalam hati. InsyaAllah. Nak dengar balik lagu tu pun dah malu dekat Allah, takut Allah tarik balik nikmat hidayah. Baru padan muka!
Bukan untukmu?
Sebenarnya mahu copy dan share sahaja, tertarik dengan post seorang ukhti. Moga ada hati-hati hambaMu yang terketuk, dan terkesan. Biiznillah. Hanya dengan izinMu ya Rabb.
Romantika orang salah niat
Saya mencintai dia yang suka membaca,
Lalu saya cuba membaca,
Saya beli semua jenis buku fikrah,
Saya susah membaca,
- lima belas minit mengulang muka surat yang sama,
Saya jadi putus asa,
Saya mula merasa,
Tidak layak buat dirinya.
Saya mencintai dia yang menghafaz Al-Qur’an,
30 juzuk telah dia lancarkan,
Lalu saya cuba menghafaz,
Saya menghafaz ayat demi ayat,
Saya sering terhenti pada kalimah yang sama,
- masih di juz ‘amma,
Saya jadi putus asa,
Saya mula merasa,
Tidak layak buat dirinya.
Saya mencintai dia yang mengikuti halaqah,
Lalu satu halaqah telah saya tubuhkan,
Demi mencapai standard yang sama,
Lalu saya cuba bercerita,
- satu demi satu hal agama saya terangkan,
Setiap bait kata memulangkan diri menjadi hipokrit,
Saya jadi putus asa,
Saya mula merasa,
Tidak layak buat dirinya.
Saya mencintai dia yang penuh adab,
Lalu saya mengikuti adab-adab,
Ayat-ayat penuh santun dan hikmah,
Pakaian berusaha disopankan,
Saya rasa rimas,
- umpama sesak nafas apabila naik ke langit,
Saya jadi putus asa,
Saya mula merasa,
Tidak layak buat dirinya.
Oh Tuhan,
Bilakah masanya saya akan layak buat dirinya?
Berubah, kerana manusia. Takkan kekal. Bila penat, terus mengalah. Berubah kerana Allah, walau terjatuh, berulangkali. Kita tetap akan bangun, kerana percaya Allah akan bantu. Allah akan kira setiap mujahadah kita. Dalam jatuh, dan dalam bangkit semula.
Maka, berubah biar kerana Allah. Supaya tak hanya lelah yang dapat sepanjang perjalanan menuju perubahan yang yang diimpikan.

"Penyeru bukan penghukum"
Kalam peringatan daripada Ustaz Hasan Hudaibi. Kerja kita, hanya menyeru kepada Allah.
Siapa kita, untuk menyatakan kita layak untuk dia dan bukan dia. Mungkin mereka lebih tinggi dari kita, di sisi Tuhan. Allahu Allah.
Siapa dia untuk mengatakan sedemikian juga.
"Yang paling mulia, hanyalah yang paling BERTAQWA di antara kamu"
Manusia hanya hamba, bukan penghukum. Maka, berlagaklah seperti hamba, serahkan yang selebihnya kepada Allah. Dia tahu, yang terbaik untuk hambaNya.
Alangkah indah andai ada alat untuk menguji ketakwaan seseorang. Baru tahu tinggi rendahnya kedudukan kita disisiNya.
Laqaddarallah, ma syaa faa3la. Allahu a3lam!
2 comments:
Syiddi hilik ya habebty in 'polishing the hearts of muslims' :) there's one time in my life episode, i want to change to be like her, 'ala tool, without tajdid niat, and at last ended frustrating. Do pray for me , ya ukhti fillah.
hanan :
wenti kaman ya hunny :)
yup, it's hard to change and be 'istiqamah' on the change that we want if the first step it is not because of Allah.
Rabbuna yusahhil, dear ukhti fillah. U're my stronger back! In my hardest time. Always.
Jazakillah khairan katheera, please. Include my name in ur du'aa and tahajud.
Post a Comment