03 December 2011

takut pisau ni?

Salam alaykum.

Alhamdulillah. Dengan segala nikmat Allah yang diberi siang dan malam. Nikmat yang teringat untuk disyukuri, nikmat yang sering terlupakan. Nikmat yang ditarik kembali, dan nikmat yang dipinta. Alhamdullillah.

Seminar terhebat


Berlangsung di Al-Azhar Conference Center. Seminar yang membuka minda, menambah iman dan ilmu. InsyaAllah akan menggerakkan amal! Allahu mustaa3an. Allah sebaik-baik penolong.

Banyak perkara perlu dikongsi, terutama cara-cara praktikal untuk menjadi muslim yang muntij. Yang produktif, di dunia. Dan yang paling utama, sebentar tadi kami diingatkan untuk menjadi muslim yang produktif walaupun selepas tamat tempoh nyawa dikandung badan.

Produktif selepas kematian. Alangkah manis andai kita yang tergolong dalam golongan itu. Siang malam dalam kubur, menanti kiamat pahala tetap mencurah-curah. Memberat mizan dan timbangan.


Boleh lawati website mereka : productivemuslim.com


Takut pisau ni?

Satu kisah. Menyentuh iman dalam hati. Disampaikan oleh Dr. Soleiman, pensyarah American University. Cerita sebenar di olah mengikut bahasa ibunda penulis.

*******

Sebuah kapal, sang suami menjadi nakhodanya. Sang isteri turut menjadi anak-anak kapal yang berlayar di atas lautan sang Pencipta maha Agung.

Dipendekkan cerita, ombak mula mengganas. Angin ribut bertiup kencang. Kapal mulai tidak stabil, terumbang -ambing. Semua anak-anak kapal cemas. Hanya maut yang difikirkan, harapan untuk bertemu daratan dan meneruskan kehidupan terasa kian sirna. Sana-sini terdengar jeritan dan laungan.

Sang isteri cemas. Terus mendapatkan sang suami yang berada di dek kapal. Apabila sang isteri melihat keadaan sang suami, hairan memuncak.

"Abang, tak risau dengan keadaan kapal?Keselamatan semua orang? Abang boleh lagi membaca buku pada waktu-waktu begini?" Sang suami yang kelihatan amat tenang, menutup buku yang sedang di bacanya. Sedang kapal masih terumbang-ambing dipukul ribut.

Lantas dia mencapai pisau yang terletak bersebelahan dengan epal yang terhidang di atas meja. Terus meletakkan di leher sang isteri.

"Takut?" soal sang suami.

"Masakan saya takut. Pisau ini terletak di tangan orang yang paling saya sayang dan cinta. Yang saya yakin dan percaya dia tidak akan mengapa-apakan saya." Tenang jawapan sang isteri.

Sang suami meletakkan kembali pisau ke atas meja. "Ya, begitu juga abang apa yang abang rasa sekarang. Lihat, ombak yang mengganas, ribut dan hujan , lautan yang terbentang luas ini di tangan siapa? Allah. Tuhan yang abang paling sayang dan cinta. Yang paling abang percaya tidak akan mengapa-apakan kita. Allah sebaik-baik penolong dan tempat berharap."

Baru sang isteri faham, kenapa suaminya begitu tenang. Walau masalah sudah seperti tiada langsung penyelesaian.


**********

Kata kunci untuk seorang muslim dan mukmin : tsiqah billah! percaya pada Allah.

Allahu musta3an. Berharap segalanya hanya pada yang Maha Membantu kita dalam setiap keadaan.


4 comments:

dr. LAyyinulhArir said...

analogi menarik. mohon share ye nadh. =)

perindu syurga said...

miera : Silakan ya ukhti daieyah mujahidah qowiyah. Jom, spread the love. Love is always around.


"Dakwah kita, dakwah cinta"IHAB

Dear Yayien said...

kisah yg menarik.thanks nad sebb kongsi cerita~

perindu syurga said...

ain : la syukran a3la wajib. Moga bermanfaat, menambah iman dan amal kita sama-sama.