16 November 2011

mabuk Korea


Salam alaykum. Masih tergila-gilakan cerita korea? Quran hari ni dah baca berapa juzuk?

Usaha mereka


Disaat anak muda melayu Islam kebanyakannya tergila-gilakan cerita Korea, mereka disana pula ramai yang berusaha mempelajari Al-quran. Sedang Al-quran yang kita kenal sejaklahir lagi, tak pernah menjadi panduan sebenar dalam kehidupan. Lebih senang mengikut acuan orang kafir.

Saidina Umar pernah berkata :

"نحن قوم أعزنا الله بالإسلام, فإذا ابتغينا العزة بغيره, أذلنا الله"

"Kita kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam..

Andai kita mencari kemuliaan selain daripada

(Islam), Allah akan memberi kehinaan kepada kita."


Allah sudah mengingatkan,

Kalau kamu tidak mahu Islam, Allah tidak pernah rugi. Silakan, dengan keegoanmu. Allah akan gantikan kaum yang lebih hebat, lebih kuat, lebih sungguh-sungguh untuk memperjuangkan agama Allah ini. Dan yang akan menyesal di 'sana', pastilah mereka yang sombong dengan Tuhannya.

Yakinlah dengan Islam, kembalilah kepada Islam. Kamu mulia dengannya. Jangan menghinakan diri sendiri dengan selain deripadanya.

0 comments: