13 October 2011

Sejuta ummat, simbolik kesatuan aqidah kita.





Salam alaykum.


"Wala tafarraqu!"

Mari BerHIMPUN! Demi masa depan generasi ummat Islam, di Malaysia khususnya. Fikir nasib anak cucu cicit kita. Generasi ke tujuh, ke lapan dan ke sembilan kita. Dan ummah Islam seterusnya hingga hari kiamat. Yakin mereka akan merasa kefahaman Islam yang kita rasa sekarang? Andai kita hanya berdiam diri, memandang sebelah mata isu Kristianisasi dan murtad di Malaysia.

Jangan menyesal kalau suatu hari nanti ada keluarga kita yang turut terlibat, kalau dari sekarang kita tak pernah kisah.


Paling penting, ingat mereka akan menyalahkan kita. Depan Allah nanti. Kerana kelalaian kita dalam menyambung dakwah Rasulullah kepada generasi kita seterusnya. Sehingga mereka boleh terpesong dari Islam yang kita cinta.



Demi ummah ini. Demi cinta dan izzah kita dengan Islam. Mari turun, berHIMPUN!

Ingat pesan Nabi Muhammad s.a.w :


" (من لم يهتم بأمر المسلمين قليس منهم)"

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang hal ehwal orang-orang mukmin, maka dia bukan tergolong daripada mereka"




Siapa lagi yang akan mengambil berat tentang ummah Islam, mempertahankan nasibnya. Memperjuangkan masa depannya, kalau bukan KITA!




Maklumat lanjut , jom klik:







0 comments: