30 October 2011

aku tolak kau tarik

Salam alaikum. Apa khabar iman dan amal? Moga berkadar langsung dengan kesihatan luaran. Agar tak menjadi mayat hidup, nampak sihat di mata manusia, sedang ruh dan hati sedang mereput dari dalam! Putrification, bak kata orang-orang tengah belajar forensics.



Menolak teman bersama ke syurga. Dengan bersungguh-sungguh!
sumber: google image


Mesej yang menolak

Sengaja letak tajuk ini. Sebenarnya mahu letak mesej yang saya dapat daripada seorang ukhti. Ya, seorang kakak kesayangan saya. Dia ahli beyt saya. Dia teman saya. Saudara seaqidah yang sama. Even kami asal lain-lain. Seorang minangkabau dan berdarah cina, seorang dari kepulauan Bugis!


Mesej yang akan sentiasa meNOLAK IMAN dan AMAL!


" Ukhti, andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai ia singkat pasti ramai yang istiqamah. Andai ia menjanjikan kesenangan di dunia pasti ramai yang tertarik padanya.

Tapi hakikat perjuangan ini bukan begitu. Turun naik, sakit pedihnya. Umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah bangkitlah semula. Andai terluka ingatlah janji-janjiNya.

Jazakillah ukhti atas nasihat"



Ya Allah. jazana waiyyaki!

Tolak tarik?

Cuba toleh kiri kanan kejap. Depan belakang. Siapa yang ada di sekeliling kamu? Kalau duduk di rumah, lihat wajah ibu ayah, kakak, adik, abang, nenek
, cucu, cicit piut kalian.

Kalau duduk di perantauan macam kami, maka lihat dan kenang wajah teman-teman seperjuang. Ahli rumah, ahli usrah, ahli kelas, dormmates, ahli kelab bola jaring dan sebagainya. Siapa mereka?

Orang yang menolak atau menarik kalian?


Hidup di dunia. Seperti main tarik tali.Aku yang menolak, atau kau yang menarik. Saling melengkapi.
Sumber: google image

Menolak kalian untuk iman dan amal? Atau menolak langkah kalian semakin hampir ke jurang neraka Allah.

Menarik tangan kalian ke syurga Allah? Atau menarik kalian dari memasuki syurga Allah, menghalang kita dan menyalahkan kita di depan Allah?

Fikirkan!

Kamu pula?

Jangan sibuk menuding jari kepada orang sekeliling. Bukankah mereka cinta dan kasih kita di dunia ini? Tanya diri. Kita ini orang yang menolak mereka ke syurga atau neraka?

Atau kita menarik mereka ke syurga bersama kita, atau menarik dan mengheret mereka ke dalam api neraka yang menjulang akibat dosa yang tak tertanggung itu!


"Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka!" Ini arahan dari tuhan.


Semakin hari semakin sayang. Maka, buktikan kasih sayang kita.Mulakan dengan orang terdekat, ayuh. Bersegera. Mencontohi rijal min ashabul qaryah.


Yas'a3! Bersegeralah. Andai selangkah kakimu telah di syurga.Tetapi selangkah lagi masih belum tentu kesudahannya.


0 comments: