09 September 2011

jil hurriyyah

Salam alaykum.

Mencari-cari masa, mencuri-curi masa. Baru terpukul dengan peringatan dari seorang ukhti. Tentang masa. Siapa ada masa, mari baca cerita ini.


Rindu untuk menulis, walau bakat menulis mungkin tiada. Kerana dengan menulis terasa dapat mengingatkan diri sendiri. Di samping dapat juga berkongsi sedikit manfaat dengan orang lain. Harapnya boleh menambah iman bersama. Hidup tak lama, mungkin dengan penulisan tak seberapa ini boleh menambah mizan pahala disaat diri sudah di jemput pulang kepadaNya.

Jil hurriyah. Generasi yang bebas.

Dengar nasyeed ni, menambah semangat untuk terus beramal. Biiznillah.


Liriknya nanti akan cuba cari. InsyaAllah.


Walau sudah 12 syawal. tak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan eid mubarak! taqabbalallah minna wa minkum! Allahumma ameen.

Pesanan popular selepas ramadhan.

Kun rabbaniyyin, wa la takun ramadhaniyyin. (jadilah hamba yang Rabbani, bukan hamba ramadhani)

Moga amal-amal kita bukan terhenti selepas ramadhan berlalu pergi, moga istiqamah dalam penantian menunggu-nunggu ramadhan yang bakal datang lagi.

5 comments:

Baihaqi said...

hurriyyah= liberty?

is liberty an islamic value?

perindu syurga said...

hurriyah=freedom

Liberal secara umum membawa maksud bebas.Ideologi liberal satu benda yang berbeza.

Yang saya faham dari jil hurriyyah adalah generasi yang bebas dari segala fahaman yang tak selari dengan Islam.

Mungkin maksud bebas berbeza setiap individu.

Wallahua3lam.

Baihaqi said...

"mungkin maksud bebas berbeza setiap individu"

membebaskan sesuatu erti kepada makna yg relatif pun sudah membawa kepada ajaran liberalism..

bahaya.

Anonymous said...

http://www.rasolallah.org/vb/showthread.php?p=1659

lirik kat sini...

perindu syurga said...

anon:
jazakillah khairan jaza. ni3mal ajrul amilin.

moga setiap bait nasyeed ini menolak diri untuk melangkah lebih jauh atas jalanNya.