19 August 2011

malam-malam terakhir

Salam alaykum. Salam ramadhan. Salam lailatul qadr!

19 Ramadhan 1432 H. Lebih kurang 30 minit lagi, tarikh berubah. Angka belasan bertukar pada puluhan. Perasaan apa yang sedang menguasai jiwa, sedih kerana Ramadhan sudah mahu berangkat pulang. Atau gembira kerana tidak sabar mahu berhari raya. Tak perlu lagi berlapar dahaga saban hari. Perasaan yang sama,dipupuk sejak dari kita kecil lagi.




Taqwa yang Allah janjikan. Milik kitakah?

Atau kita tergolong lagi dalam golongan mereka yang rugi. Seperti Ramadhan yang sebelumnya. Rugi kerana hanya mampu berlapar dan dahaga selama sebulan, tanpa memperoleh rahmat, maghfirah, pelepasan api neraka yang Allah janjikan.

10 hari lagi!

Kita mampu mengubahnya.


Jangan biarkan diri menjadi rugi. Mungkin kita tak menyesal didunia, tetapi pasti kita akan merintih penyesalan tanpa kesudahan di akhirat sana.

Allahumm balligna lailatul qadr!

0 comments: