04 June 2011

Jangan tanya tentang hidupku

Salam alaikum.

Pesan baginda, "wa afsyu salam". Sebarkan salam. Salam kesejahteraan. Salam keimanan.

Fatrah imtihan, musim peperiksaan, atau exam fever. Katakan apa sahaja yang seangkatan dengannya. Sekarang waktunya telah tiba, melanda perlembahaan Nil ini. Dua hari lagi. Berjuang dengan pen dan kertas. Pohon doa kalian, untuk kami di sini.

"Ballighu anni walau ayah!" Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat. Pesan baginda, kekasih agung yang tercinta. Alangkah indahnya andai kita dapat mendengar pesanan-pesanan baginda dari mulut baginda sendiri, seperti yang pernah dilalui oleh para sahabat.

Maka, tetapkanlah hati. Jiwa dan raga. Segalanya, masa, harta, tenaga. Curahkan atas jalan ini, kerana kita yakin dengan pertemuan dengan Dia, juga baginda. Di sana.

Jangan tanya aku. Tentang hidupku!

La tas'aluni 3an hayati. Fahiya asrarul hayah.





فإذا وجدت على الثرى، والعمور محدود الحدود"
"فكن البطولة والهداية أو فيا بئس الوجود

"Jika engkau telah berada di atas muka bumi, dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas, maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk. Jika tidak, alangkah buruknya kewujudanmu!"

Lagu kegemaran akhawat sejak kebelakangan ini. Lagu yang menyaksikan sebuah perpisahan. Jasad cuma, hati insyaAllah masih utuh tautannya. Selamanya. Hingga syurga.

Jadikan kewujudanmu di muka bumi Allah ini, bukan suatu yang sia-sia. Kita di sini, menanti hari untuk ke 'sana'.

n.b:
lughah arabiah.lughah al-jannah.(bahasa arab, bahasa syurga)
akhawat:saudara-saudara perempuan

1 comments:

Taufik Hidayah said...

Salam anakku....all the best with Him too..