16 April 2011

pujian yang merosakkan

Salam alaykum.

Apa khabar iman di hati? Masih segar membugar atau layu kelesuan. Kalau rasa macam nak booster dose iman tu, baik cepat-cepat cari ubatnya. Agar penyakit tak cepat menular. Rasa seperti kena siram semula. Pergi usrah, hadiri program hujung minggu dengan akhawat tercinta memang mem'boost'kan iman. Membaja taqwa. Seperti ditarik semula ke landasan. Langkah yang diatur sebelum ini seperti tersasar dari garisan yang sepatutnya. Dibetulkan semula. Menyusun kembali langkah-langkah, bertatih. Bangun, untuk kembali berlari.

Moga istiqamah! Fastaqim kama umirt, ya ukht daieyah. Sentiasa ingat pesan tuhanMu.


Ayat kegemaran pelajar KISAS. Juga lepasan-lepasan ALKIS. Terus beramal dengannya. insyaAllah.


Perempuan suka dipuji?

Hmm, mungkin benar. Hasil kajian dari mereka-mereka yang terkenal. Hinggakan antara waktu yang boleh menipu, pabila sang suami mahu memuji isterinya. Demi menjaga kerukunan rumah tangga.

*********************************

Suatu hari..

"N, ada orang cakap sesuatu tentang awak."

"Apa?"

"Hmm. Takpe lah. Tak jadi"

"Laaa. Mengumpat orang la tu!"

"Bukan, ni pujian. Taknaklah cakap"

"Oh, pujian ke. Taknak dengarlah. Kalau mengumpat kite, nak jugak kite dengar"

Dia kawan yang baik. Sebab dia tahu pujian akan merosakkan sahabatnya. Menambah riak, menjauhkan ikhlas. Malah membuat banyak amal-amal soleh tak diterima, malah ditolak mentah-mentah.

**********************************

Kisah dengan seorang ukhti lagi.

"Macam mana jaga kulit ye?Dah lah licin. Lembut pulak tu."

"Ehmm. Mana ade. Kulit kita ada jerawat la." Sambil tersipu-sipu. Mula nak berperasaan perasanlah tu.

"Betullah, kongsi la rahsia. Tak baik kedekut," cuba memujuk, sambil mahu memuji lagi.

"Ala, selalu ambil wuduk. Qiam" Sekadar menasihat. Tetapi dalam diam, hati tak terlepas dengan bunga-bunga riak. Ditambah ujub terhadap diri sendiri. Berbangga seketika dengan nikmat yang sementara.

" Haza min fadli rabbi. Liyabluani, a asykur. Am akfur! " Tegur ukhti yang memberi pujian. Nah, terpukul seketika. Bunga-bunga riak layu, terkena bahang peringatan api neraka. Buat mereka yang terlalu berbangga dengan nikmat dunia.




Syok sendiri lagi?

Seronokkan. Dapat berteman dengan mereka yang selalu mengingatkan kita. Menaikkan semula iman pabila menurun grafnya. Menyuntik semangat yang sering naik dan turun. Seperti undulant fever.

Kita bersyukur, Allah bagi peluang jumpa mereka-mereka yang hebat ini di dunia. Tapi jangan syok sendiri ya!

"Tasyrif bi taklif"
Kemuliaan yang datang, dengan tanggungjawab yang besar.

Memetik kata orang belah-belah sana "Great power come with great responsibility."

Bak kata Ummu Muslim pula , "daie' jangan asyik syok sendiri."

Best-best rasa nikmat hidup dalam tarbiyah. Sila panjangkan langkah, menarik semua yang ada disekeliling merasainya bersama.

Kerana, nanti mereka akan datang mempersoalkannya di 'sana'. Andai tanggungjawabmu di sini masih tidak dilaksana.


Pesanan ringkas :)
Siapa-siapa yang mahu merasai apa yang kami rasa ni, mari. Bersama kami. Berjalan, berlari bersama. Menuju Tuhan yang Esa.

KeranaNya juga kita bertemu. Dan keranaNya jugalah kita berpisah. Dengan izinNya, perpisahan sementara di dunia, kita yakin kita akan bertemu lagi di sana. Allahumma ameen!






0 comments: