Salam alaykum. Qiam tak hari ni ? :)
Mahu update seringkas mungkin. Ada cerita lain sebenarnya. Tiba-tiba datang idea, selepas membaca artikel ini.
Syabab: singa atau kijang?
Siapa rasa diri dia pemuda, atau perasan sudah bukan kanak-kanak lagi. Yang rasa diri masih remaja, walaupun umur dah lebih 21 tahun. Ehm. Ada yang terasa? :) Bolehlah merajinkan diri baca artikel kat atas. Kejap saja, tak sampai 10 minit.

Petik sikit dari artikel, jazakillahu khairan jaza' kepada penulis. Menambah, menyegar iman kami di pagi hari Malaysia ini.
Fenomena tunggu dan buat adalah antara penyakit yang melanda generasi muda pendakwah pada hari ini. Satu golongan pemuda lebih gemar berdakwah di depan komputer daripada keluar untuk berjumpa manusia. Mereka hanya bersemangat ketika program dan sejuk selepas tasbih kifarah dan Surah al-Asr. Kemudian menunggu dengan penuh setia program seterusnya bila akan diadakan.
Satu lagi golongan pemuda pula, mereka menganggap seolah-olah saf pendakwah ini mesti sempurna baru dakwah dan tarbiyah boleh berjalan. Mereka hanya tahu mengkritik dan menunggu perubahan itu datang ke riba. Mungkin kita terlupa pesanan as-Syahid Hasan al-Banna: “Barangsiapa yang mencadang, maka dialah yang perlu laksanakan”.
Pemuda. Suka mengkritik. Mengomen, dan mengomel. Saya akui. Memang saya juga begitu. Terutama dah disahkan oleh kajian hari lahir oleh Dr. Fadzilah Kamsah, bulan 9 ni memang suka mengkritik! Dalam diam ataupun secara jahr. (terang-terang)
Terkena dengan nasihat bernas Imam Asy-syahid. Siapa cadang, dia kenalah bersedia untuk laksana. Jangan pandai cakap saja. Bila tanya sapa nak buat, semua pandang lantai. Memang akui, kadang-kadang diri sendiri pun sama.
Kena berubah!
Jangan jadi singa yang jinak, duhai pemuda pemudi harapan Islam.
Burung?
Cerita lagi tentang sang burung.
Petik dari artikel di atas juga. Dulu pernah tulis tentang
sang burung. Tak teringat tentang banyak lagi kisah sang burung yang kita boleh ambil ibrah.
Saya teringat kisah burung hud-hud yang disebut secara terang lagi nyata di dalam al-Quran. Cahaya kemahuan yang meluap-luap di dalam dirinya telah mendorongnya untuk keluar dari perbarisan Nabi Sulaiman a.s bagi mendapatkan khabar tentang suatu kaum yang tidak bertuhankan Allah yang Esa.
Saya teringat pada sang burung kecil yang cuba memadamkan api besar yang membakar tubuh Ibrahim a.s dengan paruhnya yang kecil. Ketika diketawakan tindakannya itu, dia menjawab: “Sesungguhnya aku berlepas diri ya Allah dari tindakan-Mu ke atas kami”.
So, daie' yang pandai sentiasa belajar dan mengajar. Pesan Abu Ammar, Muntalaq. Jom, belajar lagi dari cik burung. Yang disebut-sebut dalam Al-quran, kitab yang hari-hari kita belek. Kadang-kadang yang kita baca tanpa menghadirkan hati itu. Muhasabah diri sendiri.
Psst : Daie', kamu buka Fb berapa jam sehari ?
Facebook – Fenomena baru yang melanda dunia hari ini. Menurut kajian Nielson Media Research, pengguna Facebook menghabiskan masa lebih 7 jam sehari pada bulan Januari 2010.
-petik dari artikel di atas.
1 comments:
assalam along...pi Kem Btn kat Balik pulau, tp ni bkn kem BTN, just program motivasi kata wakil jpa .. xleh pi la program2.. sebab hal2 kat umah mcm2...try to be what we've been taught at home..rindu kat nadh juga and ahli Vr ..alhamdulillah sronok tgk wajah2 akhawat kat FB..
Post a Comment