26 March 2011

membina generasi

Salam alaikum, apa khabar iman dan amal? Moga sentiasa bertambah-tambah, seiring dengan usia yang semakin hari semakin sedikit bakinya. Lama tidak mencoret sesuatu. Kekangan masa. Mungkin kerana kurang bijak menguruskannya.

Mahu tulis panjang-panjang. Tapi memandangkan study saya belum stabil, to-do-list semakin panjang senarainya yang tertunda, dengan mood semangat belajar lebih berkobar-kobar setelah dapat keputusan exam tempoh hari. Maka saya perlu mengurangkan penulisan sedikit. Tapi jangan risau, insyaAllah saya akan cuba berkongsi sehabis baik.

Selamat Pengantin Baru

Sejak kebelakangan ni, isu bait muslim jadi isu hangat. Tak kira balik Malaysia hari tu, sampailah ke Mesir ni. Batch saya di Mesir baru mendapat satu lagi pasangan pengantin baru. Batch saya di SRI Al-Irsyad juga bakal dapat pengantin baru, pengantin pertama batch kami. Batch saya di Seri Kuantan pula sudah ada anak buah baru. Sudah jadi makcik pakcik dah kami ni. Oh, gen6 dan gen7 Cairo U juga mendapat pengantin baru. Tahniah!

Doakan mereka-mereka ini, moga cinta terus kekal hingga ke syurgaNya!

Saya gembira bila lihat Syak gembira :)



Dah minta izin untuk publish gambar ni. Hehe. Doakan mereka!


Pernah baca ni? Dulu-dulu pun pernah tulis juga. Post yang paling banyak orang komen. Bak kata Cik NA, kita ni sekarang dalam child-bearing period. Memang isu ni la yang hangat diperkatakan. Sana-sini.

Tak mahu panjang-panjang cerita tentang isu ini. Nanti cerita lain masa. InsyaAllah.

Membina generasi harapan

Macam kenal saja moto ni :)

Bait muslim. Pasti satu hadafnya (matlamat) untuk ada anak cucu cicit penyambung generasi kan? Ke ada yang tak mahu anak. Kalau orang-orang barat lain kira la.

Jadi mari kita tengok video ni :)


25 Yanayir, Tsaurah asy-syabab!

Asma Mahfuz, pencetus revolusi di Mesir. Mula-mula, bila dengar perkongsian Ummu 'Ezzat, pengajaran yang saya dapat sebagai seorang perempuan. Perempuan boleh mengubah dunia!

Tiba-tiba Ummu 'Ezzat cakap.

" Sepatutnya yang mencetuskan revolusi adalah seorang rijal! Lelakilah yang perlu fikir untuk ubah negara. Membangunkan ummah."

Memang yang berlaku di Mesir ini, sudah Allah tentukan pencetusnya seorang wanita. Tapi kita perlu tanya, apa sudah jadi dengan lelaki zaman sekarang.

Teringat pertanyaan ini Dr. Zainurrashid, perunding Aman Palestin Berhad.
"Palestin, dimanakah Solahuddinnya?"

Peranan wanita

Wanita, kitalah yang perlu membina rijal-rijal itu. Rijal-rijal yang dapat mencetuskan sesuatu untuk Islam.

Jadi, perlu bermula dengan membina diri sendiri dulu!

Baca ni, pasti sudah terjawab sedikit persoalan kita. Kenapa lelaki pejuang zaman ini sudah semakin hilang. Pupus di telan zaman.

‎"...Sebagai ibu seorang wanita perlu berkhidmat untuk suami dan anak-anaknya..." - Hassan Al-Banna.
Bila wanita sibuk bekerja, melupakan tanggungjawab sebenar mendidik generasi. Bila lelaki pula lupa, tanggungjawab sebenar dalam memimpin seorang isteri. Ibu kepada anak-anaknya, generasi yang bakal menentukan nasib Islam suatu hari nanti.

Pesan ukhti SJ:
"membina rajulah dalam diri juga antara usaha mencari 'rijal' yang rajulahnya mampu memimpin beit muslim nanti. "

Doktor, isu kerjaya dan rumahtangga.

Ini juga isu besar yang perlu difikirkan. Saya juga masih mencari jalan penyelesaian! Bakal-bakal doktor sekalian, sila fikir-fikirkan.

N.B:
Yanayir:januari
Tsaurah:revolusi
Syabab:pemuda
Rijal:lelaki

4 comments:

..AfifahMohamad.. said...

Salam w.b.t. Nadhirah..

terima kasih. ingatkan zu ttg peranan wanita yg sgtlah besar..

-seronok baca ni-

ayuh usaha mantapkan diri untuk jadi zaujah kepada pejuang jalan ini..hehe=)

buat kita, bakal2 bidadari syurga..^_^

charazion said...

Mabruk, peringatan yang baik.

Untuk yang bakal sibuk, mungkin ini cadangan akak. Isu agak sensitif tapi boleh bawa kebaikan kepada ummah.
http://www.facebook.com/note.php?note_id=176948615686313

Allahu a'lam.

Mursyid said...

Salam

It's nice that you posted that video.

I found it hard to understand the egyptian accent though.

And yes, women have enough power and rights, they just need to know and realize that they have it.

Izzati Hashim said...

Salam.

teringat perbincangan di kala subuh itu :D