Salam alaykum.
Mahu bercerita tentang sang burung.

source : google
********
Dua hari lepas.
" Makanlah. Makan! Datang lagi. " Tiba-tiba ibu bersuara. Pelik juga, bercakap dengan siapa. Telefon ibu bukannya di tangannya.
" Cakap dengan siapa bu?"
"Itu ha, burung-burung datang makan. Ibu selalu jemur nasi lebih-lebih makan kat tingkap dapur."
Ya Allah. Mulianya hati ibu. Memang penyayang pada semua makhluk. Monolog dalaman sendiri.
"Dulu malu-malu datang makan. Kita datang, dia terbang lari. Sekarang dah berani, siap ajak kawan-kawan sekali datang makan." Ibu sambung cerita, sambil tangan sibuk menyudahkan kerja-kerja di dapur.
******
Saya teringat memori lama. Waktu kecil dahulu, waktu ibu bercuti tanpa gaji setahun. Setiap pagi kami dua beradik selalu ikut ke belakang rumah, menemani ibu memberi makan burung-burung merpati liar yang rajin bertenggek di dahan-dahan pohon saga.
Sambil mengutip biji saga, sambil melayan burung-burung yang lahap menjamah sarapan pagi mereka. Ibu memang baik hati. Dengan manusia, dengan haiwan.
Dia memang idola, contoh teladan kami adik-beradik.

Burung merpati. Mengimbau kisah di gua Tsur.
source:google
"Dari mak ayah kita, kita belajar untuk menjadi ibu bapa yang baik kan :) " Cik Ni pernah mengingatkan saya, sewaktu kami sembang-sembang di dapur vR, sambil mengemas apa yang patut.
Ibrah dari sang burung
Banyak benda boleh kita belajar dari makhluk Allah yang satu ni.
Antaranya, untuk para daie' ingat pesan Abu Ammar. Tentang burung dan gerhana. Baca ni :)
Sebelum berpindah ke ARMA (Malaysian Hall), program rumah vR sempat dengar tazkirah tentang sang burung juga.
Belajar tawakal dan yaqin, dari sang burung. Rasulullah sendiri yang pesan begitu. Ada hadis tentangnya. Tapi terlupa, boleh rujuk buku riyadhussolihin lil abnak. Bab tawakal dan yaqin. Buku yang mudah difahami bahasa arabnya, yelah buku untuk kanak-kanak kan.
Kenapa burung?
Sebab burung saja haiwan yang memang tak simpan makanan dalam sarangnya. Tak seperti lebah, atau semut. Sang burung memang akan bangun awal pagi, terbang keluar dari sarang dengan azam yang tinggi untuk mencari rezeki pada hari itu.
Sang burung amat yakin pada janji Dia yang Maha memberi rezeki. Pasti ada cacing-cacing yang telah tersedia untuknya sebagai santapan pada hari itu. Terbang keluar, berusaha untuk makan ditambah tawakal pada Pencipta, juga yakin dengan rahmatNya.

Terbang tinggi. Andai dapat menggapai langit ke tujuh.
source : google
Mahu tawakal? Perlu berusaha, dan yakin juga. Seperti yang sang burung telah ajar pada kita.
"Tawakal je lahhh.. Nak buat macam mana lagi!" Ayat yang biasa kita dengar kan. Hmm. Perlu ubah. Usahalah sehabis daya, selaraskan dengan tawakal dan yakin kita. Usaha itu untuk menjadi penyebab Allah akan mudahkan segalanya.
Ye lah. Al-akhzu bil asbab kan. Mengambil sesuatu dengan sebab.
Lepas ni. Tengok langit. Nampak burung, kata pada burung.
"Nak jadi macam kalian! Hamba-hamba Allah yang sentiasa tawakal dan yakin"

source : google
Daie'. Belajar daripada semua orang, semua makhluk. Semua benda!
Burung juga disebut dalam ayat-ayatNya. Bertuahnya mereka!
P/S : Tunisia -> Mesir -> Algeria. Allah, moga ada berita gembira untuk ummah ini!
video.klik!

source : aljazeera.net @ english version
2 comments:
The prophet s.a.w once said that (not in exact words);
"If you have the right tawakkaltualAllah, then Allah will give you rizq like He's giving the birds. They leave in the morning hungry and they come back at night full."
Point to ponder: Rasul alaihissalam define tawakkal with the act of birds :)
khadijah:
syukran ya ukht!
Post a Comment