16 February 2011

pakailah telekung tu!

Salam alaykum.

Pesan seorang sahabat. Cuti-cuti juga. Mutabaah amal sila jaga!

Kisah telekung

Pergi ke Masjid Besar Temerloh. Seperti kebiasaan di Mesir, solat menggunakan pakaian yang sudah tersarung. Memang sudah menutup aurat, insyaAllah.

Sehari kemudian, berkunjung pula ke Masjid Paya Luas. Terletak berhampiran dengan kediaman saya sekeluarga. Pada mulanya, tidak mahu membawa telekung seperti biasa. Alasannya, malas memberatkan beg. Memudahkan perkara yang memang mudah.

Abah menegur " Pakailah telekung tu. Kat rumah tak apalah macam tu."

"Ala, menutup aurat juga. Sama aja." cuba menjelaskan.

"Memanglah. Tapi kita meraikan orang sini." Abah berkata lagi.

"Orang sini rasa, solat wajib dengan telekung. Tak ada telekung, nampak lain." Ibu menambah.

Terangguk-angguk. Terus mencapai telekung. Melangkah keluar. Sambil bermuhasabah diri.



Isdal. Telekung masyarakat Mesir.

Daie', perlu fleksibel!

Kita mahu mengubah biah dan suasana, memperbaiki manusia-manusia sekeliling. Masyarakat kita, bangsa kita. Jadi kita perlu jadi fleksibel. Bukan seorang yang kaku.

Dai'e boleh berubah mengikut tempat dan keadaan. Agar manusia-manusia yang kita mahu serukan itu senang dengan kita. Bukan nampak kita saja terus mahu angkat kaki.

Bertolak ansur, dengan semua orang. Kerana semua orang, adalah mad'u kita. Tak kira usia, warna kulit, pangkat, agama, bangsa dan negara!

"siapa yang pernah berdakwah dan bercerita tentang Islam kepada kawannya yang berbangsa Cina dan India? Soalan yang dBlockquoteilontarkan oleh penceramah jemputan di Masjid Besar Temerloh tempoh hari. Tediam. Tak terkata. Terkenang sahabat di sekolah lama.



3 comments:

PuteriBonda Anis said...

suka post ni dan suka telekung tu.
cantik

:)

perindu syurga said...

nisa:

:) nadh ada banyak.
boleh aja nadh belikan satu untuk nisa. nnti ye. bile boleh balik mesir semula. insyaAllah!

naulofah said...

salam,sgt nak cari telekung camni..sgt cantik...boleh ke kalu kirim ya? please contct drfiqa@gmail.com kalu boleh..