
Salam alaykum.
Lautan darah membanjiri Libya. Jiran sebelah Mesir. Dekat. Terlalu dekat. Sayu hati mengenangkan nasib saudara-saudara seaqidah di sana.

Bilangan mereka yang syahid di Libya ketika posting ini ditulis (Rabu 23 Februari 2011) ialah seramai 958, manakala yang cedera melebihi 6000 orang, suatu angka yang menyayat hati bagi sebuah negara yang mempunyai penduduk hanya 6 juta orang, berbanding bilangan syahid di Mesir seramai 300 orang bagi bilangan penduduk seramai 80 juta orang. Pengumuman Ghadafi semalam mengajak rakyat yang masih setia dengannya agar keluar melawan rakyat yang menentangnya adalah satu pengumuman perang saudara yang bakal menyaksikan bilangan yang akan terbunuh dan cedera akan meningkat dengan mendadak. Ini perang saudara di dalam bandar ibu negara Libya, Tripoli yang menjadi kubu kuat Ghadafi sejak dahulu.
"We will keep fighting until the last man standing, even to the last woman standing ... We will not leave Libya to the Italians or to the Turks ... Our spirits are high."
Terus qowiy! Saudara seaqidah kami. Untuk survival ummah ini.
0 comments:
Post a Comment