14 February 2011

لو كان بيننا :andai baginda bersama kita

Salam alaykum.

Semalam 14 Februari 2011. Tarikh yang biasa-biasa sahaja. Mungkin penting dalam catatan planner segilintir masyarakat, yang masih dibuai cinta nafsu dunia.

Tapi hari ini, 15 Februari 2011. Bukan mahu meng'highlight' dan mem'bold'kan angka 15 itu, tetapi tarikh yang bersamaan dengannya. 12 Rabiulawal 1432h. Tarikh ini, tarikh penting. Untuk semua ummat Islam, seluruh dunia. Tak kira di sini, atau di sana. Untuk yang pulang ke Asia Tenggara, atau yang masih berkelana di perlembahan Nil sana :)

Sebenarnya tadi, sedang memikirkan masalah dunia lagi. Masalah yang pasti tak akan habis. Dunia, tempat persinggahan. Banyak ujiannya, walau tempohnya sekejap cuma. Persingggahan yang menentukan ke destinasi mana seterusnya. Jannah au naar?

Ujian terasa berat, walau kalau nak dibandingkan dengan baginda. Ujian saya ini jauh ketinggalan berjuta-juta batu kebelakang tahap kesusahannya. Baginda memang contoh teragung, dari segala aspek,segi, sudut, penjuru dsb..

Jom tengok video ni. Moga rindu itu bangkit semula. Rindu pada pertemuan dengan baginda, moga kita juga antara ummah yang terpilih mendapat syafaatnya kelak. Pada hari yang semua manusia sudah lupa akan dunia dan segala isinya. Yang difikir hanya apa destinasi yang seterusnya. Kekal bahagia atau terus sengsara!


Lagu versi arab.


Andai ada peluang

Andai ada peluang bertemu dengan baginda di dunia. Terlalu banyak yang mahu diungkapkan. Rindu seorang ummah. Kepada utusan Allah itu. Tanpa perjuangan baginda, perjuangan yang menuntut pengorbanan darah-jiwa-harta-masa , tak mungkin kita merasa nikmat Islam dan Iman hari ini, saat ini.

Kalau soalan yang sama ditujukan pada kita. Seperti muslimah itu, apa jawapan kita?


The chosen one

Mahu menangis setiap kali menghayati video clip Maher Zain. The chosen one. Semua yang dipaparkan, hanya sedikit gambaran tentang betapa mulianya akhlak baginda. Rindu itu datang lagi. Alangkah bahagianya dunia akhirat, andai pengakhiran rindu adalah pertemuan dengan baginda.


"I hope i'll see ur smile. When u see me!"

Selalu membayangkan hari penentuan itu.

Malanglah, celakalah. Andai Rasulullah s.a.w berpaling, menarik muka langsung tidak mahu menyapa kita dengan syafaatnya pada hari itu. Sedang kita terlalu memerlukannya. Itulah balasan, andai langsung tidak mengingati baginda semasa hayat kita di dunia sementara, yang bila-bila masa akan tamat tempohnya!

Bahagianya, indahnya. Andai senyuman kita, dibalas dengan senyuman ikhlas baginda. Yang pasti terpancar keindahan wajah kekasih Allah itu. Syafaat diterima, dan peluang menjejak kaki ke Jannah semakin terasa. Alangkah bertuahnya, kalau saya dan kamu tergolong dalam mereka-mereka ini! Mari, terus berdoa. Dan beramal.

12 Rabiulawal 1431h. Berada di Mesir, mengharung banjir dan hujan lebat.

12 Rabiluawal 1432h. Berada di Malaysia. Menghayati sepertiga malam, yang tenang. Sunyi.

12 Rabiulawal 1433h? Mungkin sudah berangkat ke destinasi seterusnya. Doakan saya. Doakan agar berpeluang menyambut ulangtahun kelahiran baginda, bersama baginda sendiri. Kekasih Allah yang dirindui.

Allahumma ameen.


Buktikan!


Kalau betul cinta. Kalau benar rindu. Buktikan! Buktikanlah dengan perbuatan kita.

Pesan baginda. "Fattabiu3ni. Ikutilah daku."







0 comments: