Salam alaykum.
Lama tak mencurah bakti pada blog ini. Sekarang musim peperiksaan tengah tahun untuk pelajar Perubatan di Kaherah. Pelikkan? Orang baru masuk tahun baru hijrah dan bakal masuk 2011, tapi tiba-tiba tengah tahun pula. Sebab kami mula kuliah bulan 9, kira bulan satu tu tengah tahun la. saja nak terangkan untuk orang jauh sana.
Tazkirah dari Facebook
Semalam buka Fb, ukhti WS tag saya pada video ini. Semalam malas hey mukmin tak malas, ok! kurang rajin nak tengok lagi, fikir Mock Exam Pharma. Alhamdulillah, tadi jawab exam dengan pertolongan Allah, juga dua orang teman yang amat mantap. ^.^
Tergerak nak buka Fb, tengok video ni. Pelik tak dengan tajuk post kali ni? Jom, tengok sama-sama.
Keluarga tercinta
Memang kena la dengan point Abu Yahya sebut tu.
Dua hari lepas telefon rumah, ibu bercerita tentang perkembangan keluarga, yang jauh, yang dekat. Sedih. Siapa tak sedih, bila nikmat hidayah yang Allah bagi, tapi tak dapat nak dikongsi dengan orang terdekat, even keluarga sendiri. Bersyukur sangat dilahirkan dalam keluarga yang faham agama. Telefon ibu, bercerita masalah umat!
Kita duduk Mesir, hari-hari dapat tazkirah. Keluarga kat Malaysia ada yang tak tahu pun tazkirah tu apa.
Kita boleh bangun qiam setiap hari, tapi ada antara sepupu-sepapat yang solat pun on off, nak buat dia buat, tak nak tinggal je. Kita kat kampung senyap je.
Kita boleh tegur kawan sebelah, teman setarbiyah yang terlupa ikhtilat (pergaulan bebas cth macam couple) tu haram. Tapi bila tengok Fb, gambar adik beradik sendiri terpampang buat dosa terang-terang tak sampai hati pula nak tegur.
Kita boleh pakai tudung labuh. Konsisten dari dulu sampai sekarang, rasa harga diri terjaga. Tapi bila tengok saudara-mara sendiri free hair, tapi kenapa mulut sendiri berat nak tegur. Nak jaga hati? Tak nak gaduh-gaduh?
Setiap kali saya baca ayat ni, rasa beban dakwah terpundak atas bahu ni berat sangat.
Qu anfusakum wa ahlikum nara!
Dakwah ini, perlu utamakn keluarga kita. Seronok buat DF (dakwah fardiah) kat sini, ingat-ingat juga keluarga kat jauh sana. Ada hak-yang akan dituntut kelak.
Hidayah ini tak bermakna, andai tidak disebarkan. Andai dinikmati seorang diri.(pinjam kata-kata Abu Ammar, penulis Muntalaq)
Kejar yang tertinggi
Dalam video ada juga sebut, kita perlu kejar syurga tertinggi. Firdaus al-a3la. Rasulullah ajar kita doa, minta syurga yang paling best.
Bukan sekadar doa lepas dari api neraka sahaja. Kita kena usaha sungguh-sungguh, nak dapat makam tertinggi, tempat yang kita boleh jumpa Allah, para nabi dan rasul, para syuhada'.
Doa bukan sekadar doa. Doa yang sungguh-sungguh.
Dan sungguh-sungguh, yang bukan sekadar mengalir air mata di depan tuhan, tapi juga dibuktikan dengan amalan yang berterusan. Walau terpaksa mengalir darah, berkorban nyawa.
Itu baru sungguh-sungguh nak kejar syurga tertinggi.
" wahdah bi wahdah. wa likulli sal'3ah tsaman! " Abu Ammar, Muntalaq Bab 6.

source: google
Cerita serigala
Dah tengok video? Jom tanya diri sendiri, macam Abu Yahya tanya.
Tak pernah terfikir, sebenarnya kita memang sentiasa berdepan dengan serigala itu. Facebook pun boleh jadi serigala!
Pentingnya hidup bermasyarakat, masyarakat yang faham Islam, dan mahu amalkan Islam, dan mahu sebarkan Islam...
Ni yang buat saya nak cakap lagi, jazakillah ukhti!




