20 February 2012

Binaan terbaik!


Salam alaykum.

" Apabila terlalu sibuk dengan kerja-kerja dakwah, muhasabah itu penting. Takut perkara yang dalam hati dilupai!"

Tersentak seketika. Membaca status ukhti saya yang berada di Hayyu Asyir sana. Oh, ia. Ketika ini semua orang sedang sibuk.

Moga kesibukan kita, dalam berurusan dengan dunia dan segala isinya tak pernah menyebabkan kita berkurang amal ibadah kepadaNya. Kalau tidak, sebutlah ia amal dakwah atau yang sewaktu dengannya. Tapi qiam konsisten dan tilawah quran sejuzuk sehari pun jadi tunggang-langgang kononnya sibuk berdakwah.

Sedangkan daie perlukan bekalan! Lebih daripada orang biasa-biasa. Yang hari-hari mereka cuma memikirkan perut mereka sendiri.

Kerja kitalah, yang membawa mereka bersama-sama. Kata nak masuk syurga ramai-ramai. Bersama-sama.

Hasan Al-Banna

Sebaik-baik binaan. Hasan : baik , al-banna : binaan. Namanya, sesuai dengan pemiliknya. Rijal yang memiliki jiwa besar, mampu menggerakkan jiwa-jiwa di sekelilingnya. Malah, hingga hari ini!

Motivasi sebentar, untuk mengambil nafas. Mentajdid niat, dan meneruskan perjalanan. Terus berlari, duhai daieyah ilallah sekalian.

12 February 2012

Bila sudah tua

Salam alaykum.

"Perjalanan hidup adalah perjalanan hati. "

Memetik kata-kata seorang ukhti. Kita cuma ada sekeping hati, dalam jasad pinjaman Tuhan. Entah baik atau buruk, sekeping hati itu. Menentukan apa yang terluah pada jasad sebagai amal harian.

Belajar bagaimana mahu seimbang antara 'spoken word' dan 'written word'. Bukan mudah! Tetapi itulah yang perlu dilatih untuk menjadi pemimpin. Menuturkan percakapan yang menjadi inspirasi, tetapi dalam susunan kata yang paling mudah difahami. Tidak perlu bermadah bicara, penyedap kata dan sebagainya. Terus, kepada isinya!

Mungkin kalian tidak faham apa saya tuturkan. Nanti ada masa dan keizinanNya saya kongsikan, insyaAllah.


Bila sudah tua

Selesai berbual dengan nenek tercinta, menggunakan teknologi canggih yang ada. Walau terpisah dua benua, tetap rasa dekat.

" Tok dah pakai pampers," Angah memberitahu. Sudah dijangka, dengan usianya yang melebihi 80- an, pasti sistem fisiologi badan sudah kepenatan.



"Tok nak ke bilik air tak berasa, nasib baik la bilik air dekat. Tu tok suka tidur dekat-dekat bilik air saja," kami memanggil nenek dengan panggilan Tok. Melihat raut wajahnya, walau dalam kekaburan dek kerana teknologi masih tidak boleh mengatasi pertemuan dari mata ke mata.
Kisah cinta mereka, tauladan anak cucu. Kasih berpanjangan hingga syurga.


"Syukur, tok ni boleh juga bangun ke bilik air sorang-sorang. Tak menyusahkan orang sangat," Cucu mendengar celoteh Tok. Itu dan ini. Mengerti bahawa dia sedang merindukan cucunya yang jauh itu.


Tok selalu risau, kalau dia menyusahkan anak cucunya. Kalau dia mampu, segalanya dia mahu buat sendiri.


Tok sentiasa setia di sisi suami,
menemani Tokki yang bertarung nyawa disaat-saat akhir usia.

Hati teringat pesan Maha Pencipta.



Betapa hidup tak lama, andai usia dipanjangkan pun kita akan tetap kembali ke asal kita. Lemah, mengharapkan orang lain.

Datang dan pergi

Melihat bayi yang baru lahir, baru mahu merasai kehidupan dunia yang penuh cabaran ini. Juga melihat kehidupan seorang insan di saat-saat usia sudah kepenghujungnya. Ternanti-nanti bila ajal kan menjelma.

Semua ini tanda-tanda kebesaran Maha Pencipta.

Memikirkan kesudahan usia sendiri, semua itu rahsiaNya. Tetapi kita tetap boleh berusaha untuk mendapat yang terbaik pada penghujung usia kita.

12.2.1949 : Tarikh kesyahidan seorang pejuang agama ini. Betapa sehingga kini manusia menyebut kebaikannya. Menyambung perjuangannya. Imam Asy-syahid Hasan Al-Banna. Tetap dalam kenangan.

Adakah tarikh kematian kita, ada yang mengendahkannya?

10 February 2012

Berubah untuk mengubah


sumber: google image

Salam alaykum.

Selesai kursus kepimpinan 3 hari. Kursus yang bertujuan untuk melahirkan perasaan memimpin yang tersembunyi dalam diri seorang pemimpin.

Ya, setiap daripada kita adalah pemimpin. Tetapi ramai yang masih tidak yakin, dia adalah pemimpin.

"Setiap dari kamu adalah pemimpin ..." - hadeeth


Berubah untuk mengubah

Ada lima prinsip untuk berubah. Siapa-siapa yang ingin berubah, tetapi masih gagal lagi maka mari kita semak balik. Adakah kita ada kelima-lima prinsip ini.


Pertama : Untuk berubah ; saya mesti ada matlamat dan sebab untuk berubah.

Kedua : Untuk merubah ; saya perlu berubah dahulu

Ketiga : hasil yang baru tidak boleh diperoleh menggunakan cara yang lama

Keempat : Ubah kepercayaan akan berubahnya perilaku, ubah perilaku akan berubahnya natijah

Kelima : Walaupun saya tidak berubah, dunia tetap berubah. Perubahan adalah ketetapan kehidupan.

Mahu berbincang lebih panjang, kerana segalanya wajib dikongsi. Maka, bizznillah akan cuba!

Buat setakat ini, kalau kita masih tak berjaya dengan perubahan yang kit amahu lakukan, muhasabah diri.

Prinsip pertama : ada matlamat dan sebab yang jelas.

Kalau kita masih tidak jelas kenapa kita nak berubah, maka, kita takkan berjaya. Tidak akan sama sekali.


sumber: googleimage

Kalau nak berubah, ingat-ingatlah pesan Allah ini.



"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."


sumber : googleimage


"yakin, saya boleh berubah!"

29 January 2012

Aku muslim, tetapi anakku bagaimana?

Salam alaykum.

Selawat dan salam ke atas baginda, kerana kerinduan bertemu baginda yang terlalu mendalam. Teruskan berdoa, agar baginda mahu bertemu kita, mahu menghulurkan barang sedikit syafaat kepada kita di hari penentuan syurga neraka. Sedang kita ummat Muhammad yang sering melupakan baginda. Dalam hari-hari yang berlalu pergi, entah berapa ketika cuma hati benar-benar merindui baginda.

Sollu a3la nabi, sollu a3la habibuna.

Islam warisan

Pernah terfikir, kenapa Allah pilih kita menjadi muslim sejak lahir, sedang kawan kita Allah biarkan mereka kafir, mencari-cari hidayah dalam hidup mereka. Kenapa kita telah mengenal kalam suci Allah, Al-quran sejak lahir, bersolat dan berpuasa.

Kenapa Allah tidak memilih jiran sebelah rumah kita, yang mungkin akhlak mereka jauh lebih baik dari kita? Mereka jauh lebih iltizam dengan agama mereka, rasa bangga. Sedang ramai antara kita, segan-segan nak mempamerkan ciri-ciri keIslaman yang sebenar. Lebih rela muslim pada nama, tetapi lebih barat daripada barat pada akhlaknya.

Pernah terfikir tak, Allah pilih kita muslim bukan saja-saja. Itu satu nikmat terbesar dalam hidup seorang insan. Tapi ramai yang masih terlupa berterima kasih pada tuhan.

"Allah, pilih kami dalam golongan yang sentiasa mensyukuri nikmatMu. Daripada yang terkecil hinggalah yang terbesar dalam hidup kami."

Mungkin kerana Islam kita, Islam warisan. Bukan pilihan kita, maka kita kurang menghargainya.

Islam dan Liberal

Isu ini, bukan isu baru. Tetapi realiti keadaan ummat Islam sekarang yang lalai dan malas, sedang musuh sedang ghairah merancang itu dan ini. Terperinci hingga puluhan tahun kehadapan. Mereka akan berusaha keras, bersatu antara mereka walau kita lihat mereka berbeza. Demi tidak melihat Islam naik dan memegang ustaziyatul alam.

Mereka sanggup buat apa sahaja! Saya ulang, apa sahaja!


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu"

Wajarkah kita duduk bersila minum kopi lagi? Atau hanya bergoyang kaki. Sedang iman diri sendiri, dan kaum keluarga kita pun sudah tidak selamat lagi. Ancaman datang kanan dan kiri. Sedar. Kita kena bangkit!

Sedikit pencerahan, tentang isu liberal ini.



Mungkin kita berbangga dengan Islam yang kita warisi sejak turun termurun, tetapi awas. Anak cucu cicitmu, hingga generasi ketujuhmu pun masih belum pasti lagi keIslaman mereka. Kalau sikap kita masih di takuk lama.


Kita, saya dan kamu perlu lebih banyak mengkaji. Kerana ummah ini perlukan kita. Setiap dari kita, ada posisi dalam perjuangan ini. Bergantung pada kita, mahu menjadi pejuang, atau sekadar pemerhati! Terpulang.


Paling penting, jangan sesekali memperkecilkan usaha dan amal orang lain. Sedang kita sendiri pun tidak tahu, samaada usaha dan amal kita ada nilai atau tidak di sisiNya. Maka, teruskan beramal dan bermujahadahlah untuk ikhlas.


26 January 2012

Setahun sudah berlalu.

sumber : aljazeera.com

Salam alayk.

Menulis dengan pantas, mengejar masa ke kuliah. Berkongsi suka duka mereka. Terasa bertuah dan terpilih, berada di sini.

Melihat dan memerhati, sejarah kebangkitan ummah bakal berulang. Allahu akbar!


25 Januari 2011 hingga 25 Januari 2012.

Terlalu banyak yang mahu diceritakan. Biiznillah, demi pengajaran dan tauladan generasi akan datang.


sumber : aljazeera.com

Jawapan dari Tuhan


Salam alaykum.

Akhirnya. Kutemui, jawapan dari pemilik nyawaku. Pemilik seluruh hidup matiku. Dalam helaian surat cintaNya itu.

Syukur padaMu, ya rabb!


Pabila air mata mengalir laju. Dia berpesan lagi.



Maka, senyumlah. Akhirnya jawapan yang ditunggu sekian lama, telah diberikanNya. Allahu Allah.

23 January 2012

Surat cinta

Salam alaykum.

Tutup mata, dan tahan nafas. Selama yang boleh. Kemudian sambung bernafas. Lega? Ucaplah alhamdulillah. Kerana kita sering terlupa nikmat yang satu ini. Nikmat yang besar, andai terhenti maka terputuslah segala amal di dunia.

Surat cinta

Selepas subuh. Dia datang menghulurkan kertas putih berbingkai merah itu. Katanya, ini surat cinta dia. Memohon doa, kepulangannya ke tanah tumpah darah tercinta membawa seribu harapan.



"Tiada bait-bait madah dalam kata bicara.
Cukuplah kugambarkan segala ini suatu kegetiran dalam sebuah penghijrahan.
Menginjak mungkar dengan kasih sayang.
Mencari jalan mejuju kebaikan.
Demi suci sekeping hati, tanda kasih buat Ilahi.
Ku mohon kiriman doa darimu, ukhti kesayangan!"
Dik, akak sentiasa mendoakan! Allah yuqowwik, ya ukhti. Moga dikuatkan hati, dalam perjalanan mencari tuhan.




Bayt Nada,
Masr Qadimah,
Kaherah, Mesir.

29 safar 1433 H
8.05 a.m

22 January 2012

Ribut pasir


Salam alaykum.

"Pabila bertanya bagaimana mahu mendekatkan diri kepada Allah, di soal kembali sejak bila Allah jauh daripadamu? Hanya kamu yang sering menjauh." N & AN
Tazkirah sebelum kelas ophthalmology yang pertama. Semangat baru, semangat mahu menuntut ilmu. Menambah kesyukuran seorang hamba. Yang masih memiliki dua mata untuk melihat dunia. Alhamdulillah.

Ribut pasir

Pulang dengan hati yang masih berdoa. Tidak putus. Memandang langit yang selalunya menenangkan. Tetapi kelam, langit mendung. Butiran pasir berterbangan dengan angin kuat. Bertanya pada sang pencipta, inikah jawapannya?

Walau langit kelam dilanda ribut pasir, jiwa tetap tenang. Pabila hanya Dia dalam jiwa. Walau hati masih tertanya-tanya, menunggu jawapan. Pasti, andai ketenangan yang dicampakNya, maka ini adalah jawapannya. Yakinlah!




Sungai Nil dan langit yang dihiasi sang awan.
Penenang jiwa seorang hamba,
pabila hati menghayati ziki-zikir mereka
memuja tuhan kita, tuhan yang sama.

Kaherah, Mesir.
11.35 a.m